Photobucket Photobucket

JERAWAT.kulit licin,smooth,soft

kuLIT MUKA berjerawat? poro besar bangat?




banyak black n white head????


kulit muka berminyak????











orang tua2 kata bahan2 baik untuk kulit


  1. tomato
  2. timun
  3. kulit kayu manis (beware! its hot to put onto ur face)
  4. daun pegaga
  5. sayur sayuran y tidah dimasak melebihi suhu 130 c
  6. buah2an



baru2 ni saya usha2 blog

ada banyak la juagak tips..

ni dia tips2 y agak ketidaksenonohan bagi saya..sapa berani ..try it!

  1. selek underware ayah anda ke muka andaa 
  2. lepas basuh roti kering anda tuh..selek kat muka anda
  3. selek air dot dot dot...errrr..tak mo la ckp..tak senonoh..wekk

boleh juga try product ni


ACV ni ada je kat farmasi2 berdekatan rumah awok


ni pulak dalacin..ada kat farmasi juga




petua2 laen n caranya



Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.


Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.















Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.



Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Contoh kimia digunakan untuk menghilangkan jerawat.
Benzoyl peroxide
Krim jerawat yang ada dipasaran biasanya terdapat Benzoyl peroxide. Benzoyl peroxide membantu membunuh kuman dan melegakan kesan jerawat.Tapi tak semudah itu untuk lega sebab perlu rawatan secara konsisten.
Retin-A
Retin-A pula boleh menyebabkan kulit menjadi agak kemerahan akibat rengsaan dan kering.Retin-A biasanya digunakan pada waktu malam sahaja sebab krim ni  menyebabkan kulit sensitif kepada cahaya matahari.Kalau guna Retin-A, sila guna sunburn cream bagi mengelakkan kulit merengsa.
Antibiotics
Antibiotics biasanya diberikan dengan nasihat doktor apabila rawatan cara lain tidak berkesan lagi atau kesan jerawat semakin serius seperti pembengkakan. Antibiotics biasanya digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan kepada whiteheads.
Accutane
Accutane juga hanya boleh didapati dengan nasihat doktor. Accutane merupakan pill yang sangat kuat. Biasanya digunakan untuk merawat jerawat batu yang meninggalkan kesan parut atau jerawat yang tidak boleh dirawat oleh cara lain lagi.
Kalau nak cerita tentang jerawat memang agak panjang sebab ia masalah sejagat. Setengah orang tak kisah pun ada jerawat dimuka.Tapi takkan nak biarkan jerawat terus menghantui kita. Terdapat banyak sangat cara untuk menghilangkan jerawat tapi kena tahu cara dan baik-buruk setiap rawatan jerawat. Nak tahu mana rawatan yang terbaik untuk anda, jom lihat apa kata doktor yang memang sentiasa merawat mereka yang mempunyai masalah jerawat. Klik sini untuk tahu apa Dr Hasseenah boleh bantu anda! 





No comments:

Post a Comment