Photobucket Photobucket

cacacacacacmarrryaaaa



tahniah!


yer..thniah ezzati....sbb berjaya basuh baju by hands aryni!


dok tangguh..tangguh..tangguh tangguh lagi..las2 stoking pon tarak y boleyh pakai aryni sbb sume tidak dibasuh lagi...aigooo.anak dara ke ni kak ude oii..ke baby dara??


tuh buku2 uh..bile aok nak kemas ni?aduiii..mid term da abes..simpan la balik buku tuh cik kak oi..tau nak maen je..


aryni ku tekad utk tidak bermaen roller blade kek,basketbal kek, badminton kek o baling2 selipe..ku mau rehat..ku mau bace buku nobel..kali ni ku tekad nak abeskan jugak satu buku english y tebal..no separuh2 bace doh..yea,,chaiyokkk




sedeyhhh ni..arggawwwwww





image

jap nanges ja…waaaaaa…




(5o minit kemudian)..ok da tak nanges..meh smbg tulis smule..





pgi tadi an..bgun la smyg2 subuh..patu tidur mule sbb smlam trtidur lewat sambut befday SALIHAH y Jelita..haha..patu bgun kul 7.55..upppsss..kelas kul 8 la ..mandi2..then sarung jubah p kelas..cuak la sikit walau selalu buat cmni..

patu dgn banggenye masuk sebab kami lagi pantas daripada ustaz..hahaha..

arini kiteorg menang..biasanya kiteorng lambat patu kene soal macam2 soalan dlm arab awww…

best punye speaking..cmni muke aku kalu tak paham utz tanye, smbil mintak2 hint kat kengkawan

image

disebabkan hari ni ustaz lambat ku ingat nak soal pulak ustaz..wakakaka..jahat betul..tpi bile ustaz masuk je..mata ku terpaku melihat kertas soalan y sepertinye siap ditanda…ok2„saya phm

‘ezzati,jangan mandai2 kenekan ustaz,kang aok kene hembus dgn kertas tuh’ trus jadi baik semula..diamm je..patu„,'

maka dengan ini saya kak ude binti pak ude hanya mendapat 18 3/4 je per 30..hampeh haprak! ermmmmmm…terus ku rase down bagai nak mghempuk something je……

image

yeayyyyy!


yeay..doh abes exam..huhu..satu ary je pon mid term nye..pagi arab,petang statistic..heaven right?


tpii an...arab susah doe..byok geyl entam..misty ustaz marah..bianne..me mmg tak rety arab un..


p tadi an mase petang jawab statistic rse best sgt...45 minit je jwab..sbb ape?sbbbbbb sesungguhnya ku amat bertuah sbb buku y gua bace an sume soalan ade kat situ kecuali y belakang skali ..huhu..patu dgn banggenye lah aku jawab smbil trsenyum lebar.

.'ahahah..ak dah wat latihan ni..'
muke bajet cm im the king of the world..bwuahHha

tapi disebabkan aku nih nyanyuk sikit (sikit ke?mcm byk je) so aku un ade la tak egt jawapan nye..pas siap uh..igt nak kuar,tpi mak ckp.

.'kak ude,jgn keluar awal..tggu abes dulu nnty mne taw ALLAH nk bgi idayah an..an..'

aku un tak jdi kuar lgipon ak tak egt aku group bape..

puas dah pikir..tpi lame kelamaan ak rse tak tahan nak buang air kecik,

so ak itung la dgn tgn (group 2 ke 3..group 2 ke 3..) las2 ak tulis group 3 then blah..

.then p toilet,,patu mkn ABC..cop bru tringat! aku lupe nak minum air carrot arini...alaaa,,,da
langgar pntg larang..ni bad mood nih!




malam plak ak ajak la kengkawan maen,ye r..dah lame da tak maen (dah lame ke?hahah?,CM SLALu men je..sampai ayah pon cempat post kt FB "kak ude awok ni tau nak maen je" haha )

then janji r nk trun kul 9.15..las2 ku trtidur,haprak punye kak ude..sian depa tunggu..smyg

isyak n trus trun bawah..trun2 nmpk wahh ramai seyh geng turon..besh2..hehe..pe lagi maen la

puas2,,arini men permainan baru(roler blade) fuh masyuk2,bapok susoh nak maen

seyh..trutama y roda 4..ak slalu men y roda straight uh..y roda 4 bapok segala berat..then men basketbal pkai roler blade,style en?haha gediksss


cmni la kiteorg maen,terkedek2 cm itik,tak2 cm org OKU

SEindah MAWAR pELANGI

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

susahnye nak didik anok yer



uh..penat dah stdy stat..gaga..pdahal bru satu topic..ye ezzati y dulu y mase SPM dulu dah ilang! ilang..da jadi pemalas da skrg.otokeyhhhhh.. cop..nak cite..arytuh nadia cyiee de citerr...
HATTA..al KISAHH..
seorg ayah ni ..ada 2 ORANG ANAK
..patu mase si AYAH ni nak solat..
anak nya jua bersolat..
hatta masa si ayah di rakaat kedua,si ANAK mula menunjukkan tariNGNYE





..dua2 tu pon mula la bermain2 main lawan2 macam raksasksa dan ultramen kot..biasalah budak kecil memang suka cita gitu..patu mereka main lah lawan2..ayahnye sedikit geram tapi bilamana ayahnye tahiyyat akhir,amboi pandai pulak si ANAK berubah terus ikut tahiyyat akhir,dan lepas baca doa,si anak salam pulak tangan ayahnye..si AYAH tak jadi nak emo..


suatu HARI..
si AYAH membawa anaknya tu semayang berjemaah..
anaknya pon semayang lah di saf depan2..
nak dijadikan cerita tiba2 kaen pelikat si IMAN trlekat kat buntut dia.
.pastu si anak berbisik di hati



'kesihannyalah imam ni..aiyoo'


pastu si IMAM berjaya meleraikan lekatan itu..pada rakaat ke 2 pulak, lagi sekali kain


pelikat tuh tersedut kat dalam..kali ni lagi dalam tersedut..si Imam tak berjaya keluarkan kain

itu..si anak pon terlalu kesihan melihat imam itu lalu ke depan dan membetulkan kain pelikat


imam itu,


si imam pon legalah jadinya..tiba2 si anak terlihat muka ayahnya yg seperti memarahinya

,si anak takut dan terus memasUKKAN kembali kain pelikat ke buntut si IMAM,,haaha..


pe lagi terlompat lah si imam itu..haha..aduiii..wat itu salah..wat ini salah..rungsing si anak..susahh2

kelakarrrrr

Teacher: Say, you can't sleep in my class.

Student; I could if you didn't talk so loud.

Patient: Everyone keeps ignoring me.

Psychiatrist: Next please!

Mother: You prayed for grandma, grandpa, and Aunt Sue. Why didn't you pray for Uncle John too?

Daughter: I didn't want to ask for too much.

Patient: Doctor, I have a problem. I can't remember anything.

Doctor: How long have you had this problem?

Patient: What problem?

Brent: In your opinion, what is the height of stupidity?

Trent: How tall are you?

Customer: Hi. I'm looking for a good buy.

Salesman: Oh. Ok. Goodbye.

Billy: Do you write with your right or left hand?

Joel: My left hand.

Billy: Wrong! You write with a pencil!

uia pj.. I LOVE U

KORang2......!!!!

singgah2 la ke tumblr saye ekkkk...heheeheheh...best seyh wat tumblr sbb boleh wat gmbor gerak2...syok2

susahnye


ahhhhhhhhh! i hate it! susah2..mmg susahhhhhh nak stop tgok citer korea...YA ALLAH permudahkan lah hambaMU ini utk berubah..plizz..seyesly..ak tramatlah suke kat sorg artis korea ni..ji hoo name nye..dye bapok lah segala encem dan cool gilerr.,..ahhhh..p ak kne gak lupekan dye..yea! i have to!

saya couple..tPI SYE oK


http://hafizquran.blogspot.com/

"Saya dah sekian lama menjalinkan hubungan dengan dia. Masuk ini dah hampir 3 tahun kami bercouple. Tapi pada kami, couple tidaklah seburuk yang sering digambarkan oleh 'orang agama'. Saya bercouple, dan saya ok. Kami menjaga batas perhubungan dan saling menghormati. Keluarga kami pun merestui perhubungan ini, cuma mungkin kami belum bersedia untuk berkahwin. Tentang pelbagai kes terlanjur, zina dan buang anak, pada kami itu perbuatan manusia2 yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenal erti cinta yang sebenar. Itu manusia2 yang gilakan seks semata2."
Apa pandangan anda dengan statement di atas?
Kita akui, apa yang dinyatakan dalam statement di atas, atau yang mungkin keluar dari mulut sebahagian besar 'ahli couple' pada hari ini ada benarnya. Memang ada orang yang bercouple, tetapi akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Siap kekal ke anak cucu. Siap boleh cerita pula dekat cucu2 tentang kisah couple mereka.
Sesetengah pula menganggap couple itu sebagai satu keunikan dalam bercinta. Itu mereka namakan sebagai variasi. Ada masa keluar makan bersama, berpimpinan di taman bunga, juga ada ketika meluangkan masa untuk ke pawagam menonton filem.
Itu pada mereka pelangi dan warna warni dalam percintaan. Ia membawa kepada keakraban hati dan lebih mengenali.
Kalau berjauhan pula, medium2 seperti facebook, skype dan 'coling2' boleh dimanfaatkan sebaiknya. Bukankah itu satu keindahan dalam perhubungan, sepertimana yang sering kita saksikan dalam filem2? Bukankah suatu yang sangat 'sweet' bila sang lelaki sanggup menelefon dari luar negara selama berjam2, semata2 mahu memujuk hati kita yang merajuk?
Ah. Keasyikan cinta ini benar2 menjadikan dunia ini aku yang punya.
.

.
Tunggu dulu.
Bercouple memang seronok, itu saya tidak nafikan. Mencegah orang daripada couple pula sesuatu yang sangat tidak seronok, bahkan makin membuatkan diri dibenci, itu pun tidak saya nafikan. Pada saya, dah terlanjur anda masuk membaca, mari kita berdiskusi dari segala sudut yang ada. Supaya akhirnya yang menang bukan orang yang nak couple, dan yang kalah bukan orang yang asyik larang orang dari couple.
Baik, kita cari kebenaran.
Apabila masuk bab nak mencari kebenaran, kita rasa meluat pula untuk cari 'orang agama', apatah lagi mereka2 ini jenis yang suka menghukum. Tak apa, kita tak payah cari orang agama. Tapi kita tak suka pada orang agama tak bermakna kita tak beriman pada Al-Quran dan Sunnah, betul? Jadi kita buka sendiri Al-Quran dan Sunnah.
Sekali lagi, kita nak mencari kebenaran.
Cari punya cari, dalam Al-Quran mahupun Sunnah, dalam 114 surah mahupun dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Nasai, Ibn Majah, Tirmizi dan segala kitab hadis yang ada, langsung tidak dijumpai dalil yang membolehkan :


1- berhubungan antara lelaki dan perempuan selain pada perkara yang harus
2- berpegangan tangan atau berdating
3- bergayut , bergurau senda, bernada manja , usik mengusik dan berterbangan di pelangi bersama2
4- melazimi perkara2 / perbuatan2 yang membawa kepada mukaddimah zina

Kesemua di atas, yang terkandung dalam maksud 'couple' tidak ada nas yang membolehkannya , baik dari Al-Quran mahupun Sunnah.
Bahkan kita terjumpa pula dengan satu ayat di dalam Surah An Nur :
Firman Allah ta'ala : " Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandanganmereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka.."

Firman Allah ta'ala : " Katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka.."

Belek2 lagi, jumpa pula Firman Allah ta'ala :
" Dan janganlah kamu merendahkan ( memanjakan ) suara kamu ketika bercakap , kerana dikhuatiri akan timbul keinginan ( nafsu ) pada orang2 yang berpenyakit dalam hati mereka .."
Kemudian kita termenung seketika. Walaupun tak mampu baca kitab arab, tetapi tafsir Al-Quran terjemahan dalam bahasa melayu berlambak dekat kedai. Bila baca dan perhati ayat2 Allah di atas, nampak macam terkena batang hidung sendiri pula.
Lelaki yang beriman? Akulah itu.
Perempuan yang beriman ? Akulah itu.
Merendah suara? Manja2 masa bercakap ngan boyfriend? Mengusik2 girlfriend? Akulah itu. Yelah, adat bercinta mestilah nak manja2. Tapi Allah larang ....
Tak menjaga kehormatan? Nafsu? Hm, Akulah itu. Yelah, ada masanya keluar pegang2 tangan, duduk rapat2.Ini pun Allah larang..
Baik, berbalik kepada perbincangan asal. Iaitu mencari kebenaran.
Sudahkah kita temui kebenaran tersebut?
Apabila kita buang rasa jengkel kita pada orang2 yang selalu menegur atau mengkritik kita kerana bercouple, dan kita letakkan hal tersebut antara kita dan Allah, comfirm kita akan bertemu dengan persoalan2 di atas. Betul atau tidak, ada di kalangan yang asyik bercouple akan berkata begini :
" Ah, ini urusan aku dengan Tuhan. Kalau aku berdosa, itu aku dengan Tuhan. Kau sibuk apa? "
Pada saya, kata2 ini POSITIF, walaupun sesetengah orang menganggap macam negatif. Lebih2 lagi pada orang yang ikhlas tegur kawan dia supaya jangan bercouple, tetapi tiba2 dimarah sebegitu. Kurang asam betul. Akhirnya bergaduh tak sudah.

Kenapa saya kata positif?
Sebabnya, mereka2 ini masih sedar hakikat keterikatan diri mereka dengan Tuhan. Masih rasa bertuhan. Tinggal lagi, mereka tidak faham kenapa tidak boleh dan kenapa Tuhan larang. Tetapi kalau mereka benar2 menggunakan akal dan hati mereka untuk mencari kebenaran, seperti contoh di atas, mereka pasti akan berhenti dan berusaha menghindari, kerana mereka tahu itu Tuhan yang cakap, bukan kawan.
Hidayah milik Allah..
Cuma masalahnya adalah sesetengah orang yang mengungkapkan kata2 di atas, mengaku itu urusan mereka dengan Tuhan, tetapi tidak pernah cuba untuk 'menyelesaikan' hal tersebut dengan Tuhan. Kalau menyampah dengan teguran manusia, pergilah kepada Tuhan. Buka Al-Quran , baca terjemahan , contohnya ayat2 di atas. Kalau dah jelas lagi terang bahawa itu larangan Tuhan , kenapa masih tegar melakukan..?
Kecuali kalau anda sanggup menjawab begini : " Ah, itu urusan aku sendiri. Kau dengan Tuhan peduli apa? "
Anda sanggup..?

Saya Couple , Saya OK
Kebiasaannya, hujah ini keluar dari mulut dua golongan. Pertama, golongan yang bukan belajar agama. Tetapi mereka berminda intelektual. Masing2 ada pasangan, ada masa berdating dan ada masa fokus bekerja atau belajar. Kehidupan mereka jauh dari anasir2 tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan sebagainya.
Kedua, golongan yang belajar agama. Berminda agamawan. Berjiwa islamik. Pandai mengarang ayat2 tazkirah dan mutiara kata hikmah. Mereka mempunyai pasangan masing2, ada masa bergayut di telefon, ada masa ber'sms' , ada masa mengirim hadiah harijadi, ada masa saling kejut untuk bangun Qiamullail, dan ada masa mereka benar2 fokus pada pelajaran dan kerja agama.
Kedua2 golongan ini adalah golongan yang paling suka menyatakan : Saya couple, tapi saya OK.
Persoalannya..benarkah couple itu OK?
Apa pula pandangan anda :)
Sekian.

KENAPA MASIH SOLO?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti dan biar mendapat Mrs. Right juga dan baik seorang diri daripada menanggung dosa si isteri nanti
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati. =)

Wallahu a'lam.

sambungan...

erm hari ni saya pergi TALK y bertajuk 'ajar aku erti cinta' cinta? cinta tu ape bagiku? to be honest before this i thought love is sumthing that chang us to be a good person..mcm kalu kite nmpk org uh kite nak jdi baek jugak..kite lebih sygkan ALLAH..ya itu betul tpi kita bukan cintakan dye..tpi kite cintekan amalan dye..so in the future kalu kite jumpe org baek mcm tuh,kite jugak akan jatuh cinta dgn dye..so the conclusion is IM WRONG!hahaha..patutlah selama nih aku dok suke org sepesen je..org2 alim je..bile dye doh tkde,aku lupekan dye patu fall in love wif another guy dat resembles like him..aigoo.. sebenarnye..MANE ADE cinta antara pompuan n lelaki! yang ade CINTA ALLAH, CINTA IBU BAPA,CINTA NABI..ha tgok uh..kite sume salah! haha..dah terang2 ALLAH mention..herm..so janganlah kite nak bercouple2 nih..tak baek..haram gitu..kita jugak tak boleh mndekati zina..la takrobulzina! so kite takley la nak suke kt org laki (dgr tuh kakude)..erm kite jugak kene jaga hati,mata,telinga,kaki..yakni toksoh la berangan nak kawen dgn laki tuh,nak wt sweet ngan dye..nak romantik2..tu doh dkt zina,,(so buanglah cite2 korea y mmbuatkan kite berangan dgn ji hoo ke hyun bin ke,dunia je sume uh,jum kite buang yek,sye bru buang nih)..ade kakak tuh cite..zaman dulu ada seorang sahabat nabi bernama ABU BAKAR AL MISHQI..nape al mishqi(wangi)..ceritanye begini..abu bakar nih hensom la..and ade seorg perempuan ni minat kat dye..goda la dye sampai bawa abu bakar ke bilik..disebabkan abu bakar tkut sgt kat ALLAH, dye ckp kt pompuan un dye nak g toilet..ce kawan2 teka ape y dye buat? dye buang air besar and lumurkan najis2 uh ke seluruh tubuhnye trmasuk mukenye,rmbutnye..dan beliau keluar..konfirmla perempuan uh tak lalu dah kt dye and suruh laki uh keluar..haaa...ni lah salah satu cre para shabat mgelakkan zina..hebatkan beliau? dn selepas itu ALLAH kurniakan dye dgn wangian y tidak dpt ilang2 walaupun beliau meninggl dunia..astaghfirullah,,cube lah bygkan lelaki zmn kini..nmpk je pompuan trus cair..hampeh! ye.

.talk kali ini mmg mmberi kesan mndalam dan menusuk di pelosok hatiku..ku kini laen..sudah jauh..jauh dari MU..ku sedar..ku lalai..ku cinta dunia,ku syg hidupku hgga melupakan MU..maafkan hamba MU y kerdil ni..ku trlalu mgejar dunia..ku trlalu byk ketawa,ku selalu lewat solat,ku jarang mghadiri mjlis agama,ku alpa utk brzikir..kini,ku sedar..ku sedar ku harus n wajib berubah! dunia..apelah sgt kak ude oii..jk ign dibnding kan ibarat mnimbang sayap nyamuk..betapa tak brmknenye dunia ini..akhirat,yes..that is our goal..strive 4 it! so toksah loh nak cinta2 ni..nnty bila tibenye mase,ALLAH akan temukan si dia dgn kita..percaye laaaaa..

lagipon kalu kite bercinta awal2 pon..rugi..rugiii je syg2 dgn dye..ntah2 dye bukan jodoh kite..rugi je pegang tgn dye.rugi je bgi adiah kt dye,rugi je pikir kan dye,rugi je bgi janji2 palsu kt dye..RUGI percayalah..ustaz saye ckp,mse bercinte brbalun2 minyak wangi pkai, brkotak2 janji ditaburkan..mase kawen mane sempat doh nak pkai minyak wangi brbalun2 uh..janji tanak marah pon dilupekan..sumenye ilang ..kalu kite tak bercinte,mne ade janji2 tuh,kite terima je psgn kite seadanya kan? sbb kite pilih dye sebelum kenal dye,so kita redha..cinta dye mase slpas kite kawen..lgi besh,sume boleh wat..org un tak mrh kat kite ..an ..an...annnnn..hehe
alhamdulillH..saye bwu balik dari talk...skarng tgh makn meggie lapoo bgat..
da..bcakap pasal TALK..sem 3 ni..ku bersyukur sgt sbb byk mase y trluang..byk sgt mase lapang..jika mau dibandingkan dgn kehidupan semasa sem2 ..fuh jauh bedanya,,,jka direnung2 kembali..betullah mase itu smemangnye emas,intan payung..mmg penting..dulu..tidur pun ade y skip sbb kne ciapkan projek..p kini..sumenye best..siang kelas p tak lah pack,malam free..petang dan malam saye bermain badmintan..besttttttt..trutama mlm2 sbb tade angin..patu rse tenang.. saye jgak mmg brazam utk pergi ke talk2 mase sem3..maklumlah mase sem1 n 2..byk mase habis kt bilik..rse rugi tpi trlalu busy..ermm..alhmdulillah..dgn keizinaN ALLAH sye sering pergi ke talk dan talakin..kalu talakin tuh kadg2 tak phm ape y dworg bace tpi saye ikut je la..hati still rse tenang sgt..mse talk pun bgitu..agknye inilah rhsia org2 y baik y muke nye sentiasa tenang..arytuh berbicara ttg alam barzakh..oleh cikgu ape ntah..trlupe..antare pgisiannye:

`kubur berkata:kami adalah rumah keterasingan,kesendirian,tanah liat and byk cacing.bila mukmin dtg,kau adalah makhluk yang aku cintai yang pernah melintas di belakangku. sekarang aku boleh berbuat apa sahaja kepadamu dan engkau akan tahu apa yang aku perbuat itu. kemudian kuburnya diluaskan dan pintu syurga dibuka..sebaliknya bgi org y kufur,adanya 70 ular berbisa dan tanah menghimpitnye'...


ketika nak tidur: 'saya serahkan kalian kepada ALLAH .Boleh jadi tidur ini masa kematianku sehingga aku tidak kembali lagi ke dunia ini'


ADAPUN ahli 2 kubur merayu..meminta dikembalikan ke dunia krn mereka tidak mahu lgi mmbuang mase,ingin berbak ti kpd ALLAH..